Permainan Sokoban adalah asal dari perkataan Jepun yang membawa maksud “penjaga gudang” dan permainan ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1982 oleh Hiroyuki Imabayashi. Permainan ini amat mudah tetapi memerlukan daya pemikiran yang kreatif.

Cara bermain permainan ini amat mudah sekali, anda mesti menolak bongkah yang ingin diletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan dengan tidak menyebabkan bongkah tersebut tersangkut atau terhalang.Bongkah hanya boleh dialihkan dengan cara menolak ke hadapan sahaja. Permainan ini dikira tamat sekiranya anda berjaya mengalihkan bongkah tersebut kepada lokasi yang sepatutnya. Hanya satu bongkah sahaja yang boleh ditolak dalam satu masa dan tidak ada pergerakan menarik bongkah tersebut dibolehkan.
Cara bermain permainan ini amat mudah sekali, anda mesti menolak bongkah yang ingin diletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan dengan tidak menyebabkan bongkah tersebut tersangkut atau terhalang.Bongkah hanya boleh dialihkan dengan cara menolak ke hadapan sahaja. Permainan ini dikira tamat sekiranya anda berjaya mengalihkan bongkah tersebut kepada lokasi yang sepatutnya. Hanya satu bongkah sahaja yang boleh ditolak dalam satu masa dan tidak ada pergerakan menarik bongkah tersebut dibolehkan.
Kalau sebelum ini saya menunjukkan perisian aplikasi dan utiliti,kali ini saya nak tunjukkan perisian permainan pula.
Pernah bermain permainan teka silang kata atau permainan membuat perkataan dari huruf-huruf?
Permainan ini adalah sesuai untuk menguji kecekapan dan kepandaian anda mengeja terutama dalam Bahasa Inggeris.Sebenarnya saya pernah jumpa permainan ini di yahoo games (kalau tak salah saya text twist) tapi nampak macam sama sahaja dengan permainan ini. Kalau di yahoo tu kalau nak main banyak kali kena guna full version.Tapi yang ini versi percuma sahaja.
Anagramarama merupakan permainan membina perkataan dari sekumpulan huruf.Anda boleh meneka atau mengeja perkataan yang terkandung di dalam kotak yang disediakan dari paling sedikit 3 huruf sahaja sehingga yang paling maksimum iaitu bilangan huruf pada perkataan tersebut.Gambar dibawah adalah gambaran permainan ini.Anda boleh menaip perkataan yang anda tahu dan tekan enter.Bunyi “beep sound” akan kedengaran sekiranya perkataan yang salah dimasukkan dan satu “beep sound” yang lain pula untuk perkataan yang betul.Permainan ini dikira tamat sekiranya semua perkataan yang anda teka telah memenuhi ruang yang disediakan.
Perisian percuma ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang mahu belajar menaip.Perisian ini didatangkan dengan permainan dan juga latihan.Perisian menaip ini didatangkan dengan kesan bunyi yang ceria sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas.Latihan menaip yang disediakan ditunjukkan sekali dengan gambaran jari supaya mudah untuk diikuti.
Permainan di dalam perisian ini mempunyai beberapa tahap kepayahan.Sekiranya kanak-kanak sudah membiasakan diri dari awal menaip dengan jari yang betul,mereka akan mudah untuk menaip pada kompuer apabila besar kelak.Pusat didikan kanak-kanak seperti tadika,tabika dan tusyen boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar kanak-kanak menaip.Ibu bapa juga seharusnya menggunakan perisian percuma ini untuk anak-anak belajar menaip disamping bermain.Walaupun perisian ini mudah,tapi ianya adalah langkah permulaan bagi kanak-kanak belajar menaip.
Perisian ini amat mudah dipasang dengan saiz sekitar 8MB sahaja.Ada banyak lagi perisian yang amat sesuai untuk kanak-kanak yang boleh didapati di sini.
p/s: Anda boleh dapatkan lebih 90 perisian percuma di dalam CD Koleksi Perisian Percuma.Klik di sini untuk keterangan lanjut
No comments:
Post a Comment